I've read this news from Utusan Malaysia today :
Kadar bayaran elektrik mungkin naik Januari 2005
Oleh: NOR AZIAH JAAFAR
PUTRAJAYA 12 Ogos - Kadar tarif elektrik kemungkinan akan dinaikkan Januari tahun depan berikutan peningkatan keperluan serta perubahan harga minyak dan gas di pasaran.
Timbalan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Shaziman Abu Mansor berkata, kali terakhir kadar tarif elektrik dinaikkan ialah pada tahun 1997, oleh itu pengguna perlu bersedia menghadapi kenaikan pada masa depan kerana kadar sekarang tidak mungkin boleh dikekalkan sampai bila-bila.
Bagaimanapun, katanya keputusan untuk menaikkannya akan ditentukan selepas mengambil kira keseluruhan situasi tersebut.
``Sehingga akhir tahun ini tidak akan berlaku kenaikan kadar tarif elektrik.
``Namun menjelang Januari tahun depan kita perlu melihat semula harga gas dan diesel serta keperluan lain dan barulah kita akan pertimbangkan sama ada terdapat keperluan terhadap kenaikan kadar tarif sedia ada,'' katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Forum Tenaga Boleh Diperbaharui dan Kecekapan Tenaga: Hala Tuju Masa Depan anjuran Pusat Tenaga Malaysia dan Pertubuhan Profesional Tenaga Malaysia (MEPA) di sini hari ini.
Katanya, pada masa ini tarif elektrik di Malaysia adalah antara yang terendah di rantau ini iaitu 23.5 sen per kiloWatt (per kWh) berbanding Singapura 32.3 sen per kWh dan Filipina 38.8 sen per kWh.
Katanya, kerajaan seboleh-bolehnya cuba menghindar daripada menaikkan kadar tersebut namun tenaga yang kini dihasilkan melalui gas dan diesel memerlukan subsidi yang besar daripada kerajaan.
Justeru katanya, kerajaan sedang cuba mengurangkan pembaziran elektrik dengan menggalakkan penggunaan tenaga yang diperbaharui.
Beliau memberitahu, kerajaan menyasarkan pengeluaran tenaga yang diperbaharui sebanyak lima peratus menjelang akhir tahun depan bagaimanapun jumlah tersebut telah pun berjaya dicapai iaitu lebih awal daripada yang ditetapkan.
``Lima peratus tenaga yang diperbaharui ini belum dihubungkan dengan pencawang dan cuma digunakan oleh pengusaha-pengusaha ladang kelapa sawit,'' katanya.
For those who don't understand the news, it simply says that the government is going to increase the electric tariff by 2005. This is due to the hike of raw material used to produce electric (i.e. petrol, diesel, gas etc.) and the government cannot afford to subsidized the increase. But then again, our tariff is still considered to be lower than other ASEAN countries.
And again the same reason given.


Reply With Quote
