This sounds like a grammaphone record that keeps repeating.
Unscheduled Water disruption Thursday 6th for USJ areas. Again Subang Jaya is NOT affected so SJ folks can again relax lah.
Info SYABAS: 2.30 petang, Khamis, 06.07.2017.
NOTIS PEMAKLUMAN AWAL - PAIP PECAH UTAMA BERSAIZ 1500MM.
Adalah dimaklumkan telah berlaku insiden Paip Pecah bersaiz 1500 mm di belakang tapak kilang JVC, Sec 21 Shah Alam.
Insiden ini melibatkan *Paip Utama pecah (Pumping Line) bagi penyaluran air terawat ke Kolam HICOM, yang mengagihkan bekalan ke beberapa kawasan di Wilayah Klang/Shah Alam dan Petaling.
Buat masa ini bekalan masih belum ditutup dan pihak kami sedang dalam proses persiapan dan perlaksanaan kerja- kerja pembaikan di lapangan.
Pengguna dinasihatkan menyimpan air bagi keperluan dan penggunaan untuk mengurangkan impak gangguan, apabila bekalan ditutup dan kerja-kerja pembaikan mula dilaksanakan, yang dijadualkan pada jam 10.00 malam ini, 6 Julai 2017.
Untuk makluman, Kerja-kerja pembaikan dianggarkan mengambil masa dalam tempoh 48 Jam dengan pemulihan secara berperingkat berdasarkan kawasan dalam tempoh 72 jam, sejurus kerja-kerja pembaikan siap dan bekalan dibuka.
Aset-aset dan bantuan melalui lori-lori tangki air akan digerakkan dengan keutamaan kepada pengguna-pengguna kritikal.
Kawasan-kawasan yang menerima bekalan dari sumber agihan Kolam HICOM adalah seperti berikut :
*Wilayah Petaling*
1. USJ 1 hingga USJ 15
2. USJ 16 hingga USJ 27
3. Pingiran USJ 1 , USJ 3A, 3B,3C dan 3D
5. Subang Height
6. USJ Height
7. Tmn Perindustrian UEP TP 1-7
8. Putra Avenue
9. Putra Harmoni
10. Putra Setia
Segala kesulitan amatlah dikesali.
Terima kasih.