-
National Schools (SK) being accused of 'tidak Islamik'
National Schools (SK) being accused of 'tidak Islamik'
As a sub-outcome of the polemic on the teaching of Maths and
Science in English, the entire national education system is said to
be very much on the Government's radar screen, but from the
religious point of view.
At least, it was among the agenda for the 87th Menteri Besar and
Ketua Menteri conference held November 1 at the Prime Minister's
Department, Putrajaya.
The issue: Sekolah Kebangsaan is being marqued by certain
quarters as 'non-Islamic'.
Awang Sulung, the Utusan Malaysia columnist largely considered
as UMNO's media barometer, writes on the matter November 3.
There's a front page story that goes along with his column.
Awang mentions the existence of SJKC and SJKT hinders the
national education system which aims at forging national unity
through racial integration.
He says not many non-Malay parents send their children to
Sekolah Kebangsaan for a perceived fear of the preaching of
Islam to their kids.
On the other hand, there is a growing trend among Muslim
parents who feel the sekolah kebangsaan are 'not Islamic' and
send their children to private religious schools instead, including
those overseas.
It's indeed a paradox.
To the non-Muslims, Sekolah Kebangsaan is 'Terlalu Islamik'.
To the Muslims, Sekolah Kebangsaan is 'Kurang Islamik'.
But what baffles is how Awang questions whether the existence
of education sub-system - as exemplied by the dual-languange
teaching of Maths and Science in English in SJKC - will further
erode people's confidence in sekolah kebangsaan.
Smell of witch-hunting?
(I don't really know. But we should be on the look out.) Enjoy
your reading.
Last edited by jeffooi; 03-11-2002 at 10:30 AM.
-
MINGGUAN MALAYSIA
Ahad, 3 November 2002
BISIK-BISIK MINGGUAN -- AWANG SULUNG
MEMANTAP SEKOLAH KEBANGSAAN
KHABARNYA sistem pendidikan sekolah kebangsaan sedang diteliti oleh kerajaan berikutan dilema keyakinan yang wujud daripada persepsi keagamaan.
Sistem pendidikan sekolah kebangsaan diharap menjadi tunjang perpaduan melalui integrasi pelajar pelbagai kaum, tetapi apa yang berlaku menunjukkan hasrat murni itu tidak akan tercapai sebagaimana yang dihasratkan.
Kewujudan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) secara tidak langsung melunturkan matlamat tersebut.
Apa yang berlaku ialah bilangan pelajar Cina dan India adalah terlalu kecil berbanding dengan pelajar Melayu kerana kalangan ibu bapa bukan Islam dikatakan bimbang untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah kebangsaan. Kebimbangan itu adalah cetusan persepsi bahawa sekolah kebangsaan turut menyemaikan ajaran Islam.
Persepsi itu mungkin timbul daripada kesungguhan para guru di sekolah kebangsaan dalam menerapkan nilai-nilai Islam di kalangan pelajar Melayu. Tanpa disengajakan kesungguhan itu turut menzahirkan suasana fizikal yang menjurus kepada persepsi tersebut.
Anehnya, ada pula kalangan ibu bapa Melayu yang bertanggapan pembelajaran sistem sekolah kebangsaan `tidak cukup Islam.' Lantaran itu semakin ramai ibu bapa Melayu menghantar anak-anak ke sekolah agama swasta, termasuk di luar negara.
Ini satu paradoks tidak sihat yang tidak boleh dibiarkan berterusan. Kini timbul pula pertanyaan, apakah dengan perbezaan cara penggunaan bahasa Inggeris dalam pengajaran Sains dan Matematik di SJKC akan melunturkan lagi keyakinan terhadap sekolah kebangsaan?
-
MINGGUAN MALAYSIA
Ahad, 3 November 2002
Tuduhan `tidak Islamik' jejas populariti sekolah kebangsaan
Oleh:ZULKIFLI JALIL dan HAIRULAZIM MAHMUD
KUALA LUMPUR 2 Nov. - Percubaan untuk mencemarkan imej sekolah-sekolah kebangsaan (SK) sebagai `tidak Islamik' membimbangkan kerajaan kerana ia telah menyebabkan aliran sekolah itu semakin tidak popular di kalangan orang Melayu.
Pada masa yang sama usaha turut dilakukan oleh pihak-pihak tertentu agar SK juga tidak popular di kalangan bukan Melayu dengan menakut-nakutkan golongan berkenaan kononnya SK `terlalu Islamik'.
Isu berkenaan menjadi agenda utama mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri ke-87 di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya semalam (1 November).
Full story:
http://www.utusan.com.my/utusan/cont...n&pg=mh_02.htm
-
UTUSAN MALAYSIA
Selasa, 5 November 2002
SAR: Segelintir ibu bapa profesional anggap sekolah kebangsaan tidak Islamik
KEPALA BATAS 4 Nov. - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, kecenderungan segelintir ibu bapa profesional menghantar anak-anak mereka belajar di sekolah agama rakyat (SAR) kerana menganggap ilmu pengetahuan di sekolah kebangsaan tidak Islamik.
Katanya, ibu bapa sedemikian tidak faham bahawa untuk menjadikan anak-anak mereka berjaya, mereka perlu diberi pendidikan yang menyeluruh yang turut melibatkan aspek agama.
FULL STORY:
http://www.utusan.com.my/utusan/cont...n&pg=mh_06.htm
Posting Permissions
- You may not post new threads
- You may not post replies
- You may not post attachments
- You may not edit your posts
-
Forum Rules