Tuan/Puan,
JEMPUTAN MENGHADIRI TAKLIMAT MENGENAI PELANCARAN
PERKHIDMATAN BAS DI KAWASAN PARLIMEN KELANA JAYA
Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Pusat Perkhidmatan Ahli Parlimen Kawasan Kelana Jaya dengan kerjasama Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Sdn Bhd (RAPID KL) akan mengadakan suatu sesi taklimat khasnya untuk penduduk kawasan Parlimen Kelana Jaya.
2. Taklimat ini bertujuan memberi penerangan tentang perkhidmatan yang akan disediakan oleh RAPID KL, dalam usaha untuk mempertingkatkan sistem pengangkutan awam di Lembah Kelang termasuk kawasan Kelana Jaya, Subang Jaya, USJ dan Bandar Sunway. Butiran taklimat adalah seperti berikut:
Tarikh : 3hb September 2006 (Ahad)
Masa : 3:00 petang
Tempat : Pusat Cornerstone Doulos
No. 1-27 – 1-29, Jalan PJS 9/1A, Lagoon Perdana,
Bandar Sunway, Petaling Jaya.
4. Sukacitanya pihak tuan/puan adalah dijemput untuk menghadiri taklimat tersebut. Diharapkan pihak tuan/puan memberi maklum balas secepat mungkin untuk tindakan selanjutnya pejabat ini. Segala kerjasama dan sokongan pihak tuan/puan amatlah dihargai.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
( LOH SENG KOK )
Ahli Parlimen
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
SLIP JAWAPAN
Nama Persatuan: __________________________________________________ _________
Hadir Bilangan Kehadiran: __________
Nama & Tandatangan: ______________________________
Tidak Hadir No. Telefon : ______________________________
Sila jawab ke 03-56212111 / faks ke 03-56212110 sebelum 01/09/2006. Terima kasih.