tupai
01-08-2005, 05:21 PM
http://www.hmetro.com.my/Current_News/HM/Saturday/Setempat/20050730105027/Article/indexm_html
====================================
Lorong maut mat motor
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
PETALING JAYA: Penunggang motosikal yang melalui laluan sikal di sepanjang Lebuhraya Persekutuan kini berdepan risiko kemalangan maut apabila terdapat segelintir pihak tidak bertanggungjawab sengaja menabur beratus-ratus paku tajam di laluan terbabit.
Tindakan itu yang dipercayai dilakukan segelintir mekanik motosikal bergerak dikenali ‘Geng Paku’ semata-mata bagi mendapat keuntungan mudah dengan menawarkan khidmat menukar tayar motosikal yang bocor kepada mangsa.
Kumpulan itu didakwa sengaja menabur paku terutama di garisan putih di laluan sikal di beberapa lokasi tertentu sepanjang lebuh raya antara Shah Alam ke Petaling Jaya, yang dianggap sebagai laluan maut.
Tindakan tidak bertanggungjawab itu menyebabkan ramai penunggang motosikal mengalami kemalangan atau terjatuh dari motosikal selepas tayar motosikal mereka meletup atau gagal dikawal.
Seorang mangsa, Mohd Hafizul Yahya, 25, berkata kegiatan kumpulan terbabit mula disedari selepas tayar motosikalnya pancit tiga kali dalam tempoh sebulan.
Mangsa yang bekerja sebagai pereka grafik berkata, ketiga-ketiga kejadian itu berlaku di laluan sikal berhampiran susur keluar ke Subang Jaya ketika dia dalam perjalanan ke tempat kerja di Bangsar.
“Pada mulanya, saya tidak menyangka ia dirancang pihak tertentu sehinggalah kejadian sama berulang tiga kali berturut-turut di lokasi sama.
“Malah semua kejadian itu membabitkan tayar hadapan motosikal yang tertusuk paku berkilat sepanjang hampir tiga sentimeter,” katanya.
Menurutnya, dia semakin sangsi apabila individu yang sama kerap kali muncul menawarkan bantuan untuk menukar tiub tayar motosikal yang bocor, hanya beberapa minit selepas kejadian.
“Lelaki berusia sekitar 30-an itu menawarkan khidmat menukar tiub pada harga RM15, namun saya menolak kerana mengesyaki ia sengaja dirancang.
“Malah saya turut berang kerana kejadian jam 8 pagi semalam itu hampir menyebabkan motosikal saya merempuh dinding terowong selepas tayar depan pancit mendadak,” katanya.
Menurutnya, tidak sampai lima minit selepas kejadian itu, seorang lagi penunggang motosikal menerima nasib sama apabila tayar depannya bocor ditusuk paku tajam.
“Saya bernasib baik kerana seorang lelaki melalui laluan terbabit dan menawarkan bantuan untuk menukar tiub motosikal dengan upah berpatutan.
“Malah dia turut menasihati saya lebih berwaspada jika terlihat objek berkilau di tepi laluan sikal kerana ia dipercayai paku tajam yang sengaja ditaburkan,” katanya.
Menurutnya, kejadian itu menyebabkan ramai penunggang motosikal memilih untuk ‘menceroboh’ laluan kereta di lebuh raya kerana bimbang menjadi mangsa.
“Anehnya kebanyakan kejadian itu membabitkan jenis paku yang sama dari segi panjang dan saiz. Malah paku berkenaan masih berkilat dan tidak berkarat dipercayai masih baru dibuang.
Sementara itu, sumber polis Petaling Jaya menasihati orang ramai supaya tidak menunggang motosikal melebihi had laju ditetapkan bagi mengelak kemalangan jiwa.
Menurutnya, polis tidak menolak wujud segelintir pihak yang sengaja memasang perangkap di laluan sikal lebuh raya itu, namun belum ada mangsa yang membuat laporan polis.
=============
I ride everyday.
My suggestion is that every time you come across a bike down and its tyre being repaired, please stop and ask the instant repair-man how fast he responded to the down-biker. DO NOT accuse him but just put in a word that there are irresponsible crooks out there who are putting nails to trap bikers. Warn the down-biker that this trick is causing us money and endangering our lives.
Then put in an implied WARNING that bikers are aware of this dirty & dangerous trick and that when the crook is caught, he can expect a REAL beating...
Call me and I shall lend a kevlar glove to his face and a steel-boot to his stomach. I AM SERIOUS and I am only usually 5-10minutes away from the subang-LDP stretch.
hMx
012 267 6699