osama
06-12-2003, 09:59 AM
Fwd:
DUA WAJAH DEMOKRASI DI MALAYSIA
OLEH: MELI
Assalamulaikum wrt.wbt
Saudara-saudara pembaca budiman,
Sepanjang 46 tahun Malaysia mencapai kemerdekaan, kita tidak pernah menyaksikan berlakunya sebarang pertukaran kerajaan, walaupun dalam tempoh tersebut banyak isu yang berbentuk mega berlaku dalam negara kita dari masa ke semasa, tetapi rakyat Malaysia terlalu baik hati.
Beberapa contoh akan disebut di sini sebagai imbas kembali skandal terbesar yang berlaku di tanah air kita tetapi rakyat Malaysia tidak pernah ambil pusing, asalkan perut kenyang. Tanpa memikirkan masa depan negara, negara yang akan diwarisi kepada genarasi akan datang yang sudah kekeringan sumber untuk diterokai lagi.
Isu BMF yang mengemparkan negara sedikit masa dulu tidak pernah menyentuh perasaan rakyat Malaysia yang mana ia melibatkan kewangan negara yang mengalami kerugian lebih 2 bilion. Seorang pegawai dari Bank Negara yang menyiasat kes ini dibunuh dengan kejam di Hong Kong sehingga kini kes ini tergantung tidak tahu siapa yang membunuh Allahyaryam Abdul Jalil dari Melaka itu.
Kerugian yang terbesar itu menyebabkan kerajaan terpaksa bail out Bank Bumiputra Malaysia Berhad sebanyak dua kali, iaitu pada tahun 1984 sebanyak RM2.3 bilion dan tahun 1989 sebanyak RM982 juta [ hampir satu billion lagi ] dan pada 1998 ketika krisis kewangan berlaku BBMB terus megalami kerugian akibat memberi hutang yang terlalu besar kepada kroni-kroni tanpa mengikut procedur biasa yang diamalkan oleh bank. Kali ketiga ini kerajaan tiada berwang lagi untuk membantu BBMB dan memaksa BBMB bergabung dengan Bank Of Commerce dan hilang hak orang melayu ke atas bank ini. BBMB dihasilkan dari cita-cita orang-orang melayu dalam kongres bumiputra pada tahun 1963. Sekarang bank ini dikenali sebagai Bank Commerce Berhad.
Pada tahun 1994, sekali lagi Malaysia mengalami kerugian kewangan sejumlah RM30,000 juta akibat Bank Negara berspekulasi dengan urusniaga pasaran hadapan mata wang asing [ semacam permainan Soros ]. Bayangkan ketika itu rakyat Malaysia berjumlah 19 juta, maka sebanyak 1.2 juta rumah murah berharga RM25,000.00 sebuah dapat dibina untuk rakyat marhaein yang tidak berumah. Jumlah wang sebanyak itu juga dapat membina 45 buah universiti untuk memberi pendidikan percuma kepada rakyat. 5 projek lebuhraya seperti Lebuhraya Utara-Selatan dapat dibina dan 4 buah lapangan terbang dapat dibina setaraf dengan yang ada di KLIA sekarang.
Kewangan petronas dibelanjakan secara boros dan tidak berhemat. Pada tahun 1999, misalnya pendapatan petronas melalui cukai pendapatan, royalty, duti eksport, duti import, duti eksais dan diveden berjumlah RM11.6 bilion iaitu 20% dari KDNK [ tahun 2000 sehingga bulan Jun pendapatan RM 4.3 bilion iaitu 15.4 % dari KDNK ]. Satu sen pun tidak pernah dikeluarkan zakat untuk membantu orang-orang miskin semenjak petronas ditubuhkan, tetapi wang petronas habis dibelanjakan untuk Mizan 1.3 bilion belian balik MISC, untuk formula 1 RM286 juta, untuk HICOM RM999 juta, Perwaja Steel RM3.6 bilion, RM22 bilion untuk Putrajaya dan MSC, MAS RM668.8 juta, RM1.8 bilion untuk KLCC dan RM3.8 bilion pembelian bon.
Demi kelangsungan UMNO di bumi Malaysia ini, kredilibiti Jabatan Peguam Negara, Pasokan Polis dan Mahkamah dipergunakan secukup-cukupnya. Maruah ketiga-tiga institusi ini jatuh menjunam di kalangan masyarakat tempatan dan luar neara. Pelbagai penyelewengan, menyalahgunaan kuasa dan rasuah di kalangan pemimpin-pemimpin UMNO/BN tidak didakwa dan dikenakan hukuman setimbal dengan kesalahan yang mereka lakukan.
Upamanya segala penyelewengan, menyalahgunaan kuasa, rasuah dan skandal sex Abbul Rahim Tamby Chik dengan Norhayati Md Yusuf tidak diambil tindakan, malah budak ini ditangkap dan dihantar ke pusat pemulihan. Pada tahun 1985, seorang wanita Serani yang bekerja sebagai pelayan bernama Josephine Nunis menyaman beliau kerana mungkir janji untuk berkahwin dengannya. Kes ini diselesaikan di luar mahkamah dengan Rahim membayar ganti rugi berjuta ringgit.
Dalam buku Ahmad Lutfi Othman yang bertajuk: Siapa Dalang-Cerita Di Sebalik Tabir m.s.150 hingga 114 menceritakan secara detail berkenaan salahlaku dan amalan rasuah yang dilakukan oleh Rahim. Lim Guan Eng ketika itu sebagai MP Kota Melaka merangkap Ketua Pemuda DAP membuat 10 laporan polis dan kepada BPR [ sekadar menyebut beberapa siri tarikh Lim membuat laporan iaitu pada 21.4.1993, 23.7.1993, 14.8.1993, 21.8.1993, 24.8.1993, dan 1.11.1993 ] untuk menyiasat kes ini. Sebanyak 29 kes dakwaan salahlaku Rahim dilaporkan, hanya 3 kes di bawa ke mahkamah dan pada tahun 1996 melalui Peguam Negara kes ini ditarik balik tanpa memberitahu alasan yang munasabah.
Undang-undang Malaysia mempunyai dua kategori. Pertama, untuk pemimpin UMNO/BN seperti kes salahlaku yang dilaporkan pembahagian saham oleh Pengerusi Saham Bumiputra di MITI Rafidah Aziz, laporan polis oleh Fauzi Abdul Rahman ADUN Beserah terhadap kes pembalakan di Pahang terhadap Menteri Penerangan Khalili Yaakob, laporan Ahmad Lutfi Othman sebanyak dua kali membuat laporan BPR di Putrajya dan di Shah Alam perbuatan rasuah yang dilakukan oleh Dr.Khir Toyo, pecah amanah duit orang miskin melalui PPRT di selewengkan dan menteri sendiri membuat laporan polis hanya ditangkap kereta mercedes Annuar Musa bebas, Mohamad Mohd.Taib boleh melarikan Ku Yah anak sultan Selangor berkahwin di Selatan Thailand dan melarikan RM2.4.juta cash ke Australia, laporan salahlaku bekas presiden MCA Dr.Ling Liong Sik yang dibuat oleh Lim Kiat Siang pada 13.6.1997 yang melibatkan anak dan isterinya dalam urusan perniagaan sepertimana yang diceritakan oleh Soh Chee Wen dan S.Samy Vellu dengan isu Maika Holdingnya. Semua laporan dibakulsampahkan dan ada menteri bercakap bahawa laporan-laporan yang dibuat ini hanya membuang masa sahaja.
Kedua, undang-undang untuk musuh-musuh politik pemimpin UMNO/BN, sila rujuk kes-kes yang melibatkan Lim Guan Eng, Anwar Ibrahim, Azmin Ali dan Ezam Mohd. Noor. Pegawai-pegawai kerajaan dan rakyat marhaein. Mereka ini sahaja akan didakwa dan kenakan hukuman yang berat dan tidak setimbal dengan kesalahan yang mereka lakukan [ rujuk kes hukuman terhadap Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng] berbanding hukumanan yang dikenakan ke atas Abdul Rahim Noor bekas Ketua Polis Negara dan Waad Saad bekas Exco Negeri Sembilan.
Saya telah bercakap mengenai kredilibiti Jabatan Peguam Negara dan Pasokan Polis jatuh menjunam akibat tindakan tanduk institusi berkenaan. Saya ambil contoh kes Rahim TC, pada tahun 1994, Rahim dituduh mempunyai hubungan sex dengan Norhayati Md Yusuf dan untuk menyelamatkan Rahim pihak Peguam Negara dan polis telah mendakwa dan menghukum 14 lelaki yang mendakwa mempunyai hubungan dengan Norhayati.
Norhayati melalui akuan bersumpahnya di Mahkamah Tinggi Melaka di depan Hakim Dato Mohamad Noor pada 27.2.1997 sebagai saksi Lim Guan Eng, Norhayati sekali lagi mengakui bahawa beliau mempunyai hubungan sex dengan Rahim. Pada 27.1.1999, di Hotel Federal, KL, Lim Guan Eng membawa dua pucuk surat yang mengandungi akuan sumpah Norhayati sebagai sokongan untuk memperolehi pengampunan dari Yang DiPertuan Agong dan Yang DiPertua Dewan Rakyat, tetapi pada 2.11.1999, Norhayati membuat kejutan dengan membuat akuan bersumpah mengaku yang beliau tidak mempunyai hubungan sex dengan Rahim. Akuan bersumpah itu bertarikh 2.9.1998 ketika Anwar Ibrahim dipecat. Norhayati mendakwa dia dipaksa berbohong kepada PM, ditahan 50 hari di Bukit Aman, di turning over yang akhirnya dia membuat pengakuan yang beliau mempunyai hubungan sex dengan Rahim. Akuan sumpah Norhayati digunapakai. Berbeza dengan kes Anwar Ibrahim, semua akuan bersumpah yang dibuat oleh Dr. Munawar Ahmad Anees, Sukma, Meor Razak dan Nalla Kurapan ditolak oleh mahkamah.
Satu lagi yang menghilangkan kredilibiti Jabatan Peguam Negara dan Pasokan Polis ialah kes misteri Nallakaruppan a/l Solaimalai yang ditahan di bawah ISA kerana didakwa memiliki senjata api merbahaya. Jika bersabit dengan kesalahan tersebut, beliau akan dikenakan hukuman mati. Dalam perbicaraan kes rasuah Anwar Ibrahim, peguambela, Anwar Zainor Zakaria mendedahkan surat peguambela Nalla kepada Peguam Negara ketika itu Mokhtar Abdullah bahawa ada pakatan di antara Ghani Patail dan Azhar Mohamad [ sudah tentu dalam pengetahun Mokhtar Abdullah ] dengan peguambela Nalla Manjet Singh Dhillon untuk meringan hukuman Nalla dengan syarat Nalla bersetuju menjadi saksi pendakwa memaklumkan kepada mahkamah bahawa beliau adalah pembekal wanita-wanita cantik kepada Anwar, tawaran ini tidak dipersetujui oleh Nalla dan akhirnya beberapa perundingan dijalankan, pendakwaraya meminda tuduhan di bawah Akta Senjata Api 1960 yang membawa hukuman penjara 6 bulan dan denda RM2,000.00. Manakala Zainor dihukum 3 bulan penjara kerana menghina mahkamah oleh Hakim cokelat Hack, Mahkamah Rayuan mengekalkannya dan Mahkamah Persekutuan membebaskannya dengan alasan penghakiman yang membusukkan system kehakiman di Malaysia.
Walaupun dengan pelbagai isu yang berbentuk mega disamping harta negara difaraidkan di kalangan mereka yang berkuasa dan rakyat marhaein terus miskin, yang kaya terus kaya kerana mereka diberi peluang dan anugerah untuk menjadi jutawan mee segera, namun setiap kali pilihanraya diadakan empat atau lima tahun sekali pembangkang tidak pernah menguasai jumlah kerusi yang besar sehingga membolehkan mereka membentuk kerajaan pusat. Hanya tahun 1999 pada pilihanraya ke 10, parti pembangkang khususnya PAS mencapai kemenangan besar dan undi popular UMNO merosot teruk di semua negeri di semenanjung sehinggakan UMNO menjadi tidak siuman meminda pelbagai undang-undang pilihanraya, persempadanan semula kawasan pilihanraya, mempergunakan SPR, mempergunakan jentera-jentera kerajaan tanpa segan silu, mempergunakan pasokan polis bagi menghalang ceramah pembangkang sehingga telah berani menceroboh ke dalam dewan persidangan bagi menjaga survival UMNO.