sjkc
13-11-2002, 11:38 PM
Bantahan rasmi Dong Jiao Zong terhadap Utusan Malaysia
dan Berita Harian yang memutarbelitkan Kenyataan Dong
Jiao Zong dalam liputan akhbarnya yang bertarikh 12
November 2002.
Kenyataan bantahan rasmi tersebut dikeluarkan oleh
Dong Jiao Zong pada 12 November 2002.
-------------------------------------------------------
Kepada:
Ketua Pengarang
Utusan Malaysia / Berita Harian
Merujuk kepada perkara di atas, ingin kami tarik
perhatian tuan terhadap liputan berkenaan isu
pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Matematik
dan Sains dalam bahasa Inggeris yang dimuatkan pada
muka depan akhbar pihak tuan bertarikh 12 November
2002.
2. Dong Jiao Zong berasa kesal atas liputan tersebut
kerana telah memutarbelitkan kenyataan Dong Jiao Zong.
Liputan tersebut amat berbahaya kerana sengaja
mencorakkan Dong Jiao Zong sebagai badan cauvinis yang
menolak penggunaan bahasa Inggeris dan cuba
mengelirukan orang ramai terhadap pendirian Dong Jiao
Zong. Tohmahan ini sekiranya dibiarkan berterusan
barangkali akan menyebabkan rakyat benci kepada Dong
Jiao Zong.
3. Sebenarnya, sejak awal-awal lagi Dong Jiao Zong
menegaskan kepentingan bahasa Inggeris dan menyokong
sepenuhnya usaha untuk meningkatkan penguasaan bahasa
Inggeris di kalangan pelajar tetapi Dong Jiao Zong
menolak penggunaan bahasa Inggeris dalam pengajaran
dan pembelajaran mata pelajaran Matematik dan Sains
sebagai pendekatan untuk meningkatkan penguasaan
bahasa Inggeris, kerana ini langsung bertentangan
dengan prinsip dan norma pendidikan. Dong Jiao Zong
bimbang pelaksanaan ini akan merugikan pembangunan
negara, maka dengan hati yang tulus dan tanpa
prasangka Dong Jiao Zong berkali-kali mengemukakan
cadangan dan nasihat yang positif dari sudut
pendidikan demi kepentingan negara.
4. Dengan tujuan membolehkan pembaca memahami
pandangan dan pendirian Dong Jiao Zong yang sebenar,
semoga pihak tuan bertindak adil dengan memuatkan
kenyataan penuh Dong Jiao Zong yang dikeluarkan dalam
sidang akhbar pada 11 Nov 2002.
Sekian dimaklumkan. Atas jasa baik dan kerjasama pihak
tuan didahului dengan ribuan terima kasih.
Yang benar,
Dong Jiao Zong