sjkc
13-11-2002, 11:36 PM
Kenyataan Dong Jiao Zong
11 November 2002
Menyokong Sepenuhnya Usaha Peningkatan Tahap Penguasaan Bahasa Inggeris Tetapi Membantah Keras Pengajaran dan Pembelajaran serta Peperiksaan Mata Pelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris di SJKC
Berhubung dengan formula "2-4-3" bagi pengajaran mata pelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) yang diputuskan oleh Dewan Tertinggi Barisan Nasional pada 31 Oktober 2002, Dong Jiao Zong mengeluarkan kenyataan berikut:
1. Dong Jiao Zong mengetahui kepentingan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantaraan dalam era teknologi maklumat, maka sejak tahun 80-an, Dong Jiao Zong telah mengemukakan cadangan supaya bahasa Inggeris di SJKC diajar mulai darjah satu, tetapi bukan bermula dari darjah tiga. Bagaimanapun, Dong Jiao Zong tidak bersetuju dengan kaedah yang bertentangan dengan prinsip pendidikan bahasa, iaitu pengajaran dan pembelajaran serta peperiksaan mata pelajaran Sains dan Matematik dijalankan dalam bahasa Inggeris sebagai langkah untuk mempertingkatkan tahap penguasaan bahasa Inggeris.
2. Dong Jiao Zong berpendapat sejak timbulnya isu pengajaran mata pelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris pada bulan Mei tahun ini, hujah-hujah yang dikemukakan oleh pelbagai pihak semakin jelas. Kerajaan seharusnya berbincang dengan rakyat untuk membuat keputusan yang bijaksana. Tetapi yang mengecewakan ialah isu pendidikan ini akhirnya menjadi isu politik. Keputusan yang dibuat oleh Dewan Tertinggi Barisan Nasional berkenaan isu tersebut bukan sahaja bertentangan dengan prinsip dan norma pendidikan tetapi juga tidak berasaskan hasrat rakyat. Seperti yang sedia maklum, ciri-ciri sekolah pelbagai aliran di negara kita adalah berasaskan penggunaan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar utama dan ini sudah termaktub di dalam akta pendidikan. Ini bermakna, selain mata pelajaran bahasa, pengajaran dan pembelajaran serta peperiksaan mata pelajaran lain semua dijalankan dalam bahasa ibunda, dan bahasa ibunda juga dijadikan bahasa pentadbiran sekolah. Formula "2-4-3" yang dikatakan "menang-menang" tersebut pada realitinya adalah merupakan penghakisan sistem pendidikan bahasa ibunda SJKC, dan menjejaskan status bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar di SJKC. Keputusan tersebut bukan sahaja menafikan status bahasa ibunda pelbagai kaum menjadi bahasa ilmu dalam pengajaran mata pelajaran Sains dan Matematik, bahkan juga meminggirkan penggunaan bahasa ibunda berkenaan dalam bidang Sains dan Matematik. Ini bertentangan dengan tren pembangunan pendidikan seluruh dunia yang menuju ke arah kepelbagaian, pendemokrasian dan peningkatan akses kepada pendidikan.
3. Setelah mengkaji formula "2-4-3" dan kenyataan yang diumumkan oleh pegawai-pegawai Kementerian Pendidikan, Dong Jiao Zong berpendapat bahawa keputusan formula "2-4-3" Dewan Tertinggi Barisan Nasional pada asasnya adalah satu formula sementara penggunaan dua bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sains dan Matematik. Perdana Menteri berkata formula tersebut akan "dikekalkan selama 4 hingga 5 tahun", Menteri Pendidikan pula pada 10 November mengumumkan bermula dari tahun 2008, peperiksaan mata pelajaran Sains dan Matematik akan dijalankan sepenuhnya dalam bahasa Inggeris bagi semua aliran sekolah rendah. Ini bermakna sebelum tahun 2008, pengajaran dan pembelajaran serta peperiksaan mata pelajaran Sains dan Matematik yang dijalankan dalam dua bahasa di SJKC cuma merupakan satu formula sementara sahaja dalam tempoh peralihan tersebut. Maka dari tahun 2008, pengajaran dan pembelajaran serta peperiksaan mata pelajaran Sains dan Matematik di SJKC hanya dijalankan dalam bahasa Inggeris dan matlamat akhirnya menuju ke arah penggunaan bahasa Inggeris. Masyarakat Cina seharusnya berwaspada terhadap isu tersebut dan mengambil langkah berjaga-jaga.
4. Matlamat pendidikan dan peranan utama bagi sekolah rendah sebagai tempat memperolehi pendidikan asas adalah untuk memupuk sahsiah dan keupayaan yang seimbang di kalangan kanak-kanak. Ini merupakan teori pendidikan seimbang yang diamalkan oleh SJKC. Jika dilihat dari segi tempoh masa dan bilangan waktu, formula "2-4-3" jelas memberi penekanan kepada pendidikan ilmu pengetahuan sehingga mata pelajaran bahasa, sains dan matematik menduduki 78% daripada jumlah masa pengajaran dan pembelajaran. Selepas ditolak masa perhimpunan, didapati mata pelajaran lain termasuk pendidikan moral, jasmani dan kesihatan, muzik serta seni hanya mencakupi 20% masa sahaja. Oleh itu, formula "2-4-3" bukan sahaja memburukkan lagi masalah ketidakseimbangan struktur mata pelajaran yang dihadapi oleh SJKC, bahkan juga mengabaikan ciri-ciri dan keperluan kanak-kanak dalam proses pembangunan kerohanian dan jasmani. Penyaluran sejumlah besar ilmu pengetahuan secara paksaan serta pengabaian pembangunan kerohanian dan jasmani di kalangan kanak-kanak akan membawa akibat yang buruk. Lagipun, penggunaan bahasa ibunda dalam pengajaran Matematik dan Sains sudah dapat menguasai ilmu pengetahuan mata pelajaran tersebut, maka tidak harus mengulangi semula pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris yang membebankan lagi para pelajar.
5. Formula "2-4-3" mempunyai pelbagai masalah dalam perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran. Dari segi perguruan serta pengajaran dan pembelajaran, sejumlah 4 waktu mata pelajaran Matematik dan 3 waktu mata pelajaran Sains diajar dalam bahasa Inggeris di darjah satu SJKC, selepas penyelarasan, setiap kelas akan bertambah 5 waktu pengajaran dalam seminggu, maka sebuah sekolah yang mempunyai 6 kelas darjah satu akan bertambah 30 waktu pengajaran, iaitu perlu menambah seorang guru mengikut peraturan Kementerian Pendidikan. Tetapi Menteri Pendidikan pada 1 November berkata SJKC sendiri yang menentukan pengagihan guru untuk mengajar mata pelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris, pihak Kementerian Pendidikan tidak akan menambah guru untuk SJKC. Ini akan memburukkan lagi masalah kekurangan guru di SJKC. Kemudian, guru yang tidak berkelayakan bahasa Cina mungkin dihantar ke SJKC dan ini akan mempengaruhi bahasa pentadbiran SJKC secara beransur-ansur.
6. Mengikut formula "2-4-3", masa pengajaran dan pembelajaran bagi pelajar darjah satu SJKC adalah sebanyak 50 waktu atau 1500 minit. Ini menyebabkan SJKC menanggung lebih 5 waktu atau 150 minit masa pengajaran dan pembelajaran berbanding dengan Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil). Bilangan mata pelajaran bagi darjah satu SJKC bertambah kepada 11 mata pelajaran, iaitu lebih 3 dan 2 mata pelajaran berbanding dengan SK dan SJKT. Ini bermakna pelajar SJKC akan menanggung beban yang lebih berat termasuk masa pembelajaran yang lebih panjang dan tekanan yang lebih berat berbanding dengan pelajar SK dan SJKT. Selain itu, jumlah masa bagi mata pelajaran darjah satu SJKC yang diajar dalam bahasa Cina mencakupi sejumlah 930 minit (63.26%) seminggu, manakala sebanyak 540 minit (36.73%) digunakan untuk mata pelajaran yang diajar dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris. Jumlah masa pengajaran dan pembelajaran yang diperuntukkan untuk bahasa yang lain dari bahasa ibunda SJKC mengambil sejumlah masa yang agak banyak. Pada tahun 2008. mata pelajaran Sains dan Matematik dalam peperiksaan UPSR akan dijalankan dalam bahasa Inggeris, maka SJKC hanya tinggal kertas peperiksaan bahasa Cina sahaja yang dijalankan dalam bahasa Cina. Ini tentunya menjejaskan pembelajaran bahasa ibunda. Kesimpulannya, pelajar SJKC bukan sahaja menghadapi tekanan yang amat berat dalam pembelajaran tiga bahasa dan pelbagai mata pelajaran lain serta menghadapi kesukaran dalam memperkembangkan daya persaingan dan pencapaian yang diharapkan, bahkan juga menjejaskan pembangunan kerohanian dan jasmani yang seimbang.
7. Kini banyak negara berusaha melaksanakan reformasi pendidikan untuk mempertingkatkan daya persaingan rakyatnya selaras dengan kepesatan globalisasi. Selain pertimbangan terhadap persekitaran globalisasi, perubahan pendidikan negara kita seharusnya berpandangan jauh dan mengambilkira keadaan masyarakat pelbagai kaum negara kita dalam membuat satu dasar dan langkah pendidikan yang dapat diterima oleh pelbagai kaum. Ini bagi memastikan pendidikan ibunda setiap kaum dapat berkembang sepenuhnya untuk mempertingkatkan kualiti rakyat secara keseluruhannya yang dapat menyokong pembangunan mampan negara kita. Dong Jiao Zong berpendapat pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa ibunda adalah yang paling terus dan berkesan. Ini adalah kesimpulan yang tidak dapat dinafikan yang diperolehi dari sejarah dan realiti masyarakat Cina dalam usaha pembangunan pendidikan selama ratusan tahun. Ini juga merupakan hasil pengalaman pendidikan dan kebijaksanaan kolektif kaum pendidik negara kita. Dong Jiao Zong berpendapat, walaupun pada ketika ini formula "2-4-3" dilaksanakan secara paksaan, Dong Jiao Zong percaya masa akan menentukan segalanya, dan akhirnya akan membuktikan kegagalan formula tersebut. Dengan jelasnya, Dong Jiao Zong tidak dapat menerima formula "2-4-3" di SJKC. Pada hakikatnya formula tersebut masih mempunyai perubahan. Oleh itu, parti-parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan serta penyokong pendidikan bahasa ibunda perlu berfikiran bijaksana, berwaspada, berpendirian teguh dan mempertingkatkan persefahaman sebagai tekad perjuangan jangka panjang serta memantau secara rapi perubahan yang selanjutnya berkenaan isu pengajaran mata pelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Ini bagi memastikan bahawa sistem pendidikan ibunda pelbagai kaum tidak akan hilang di negara kita.