PDA

View Full Version : KLCC faulted for promoting Christmas ahead of Hari Raya



jeffooi
11-11-2002, 07:33 AM
UTUSAN MALAYSIA
Isnin, 11 November 2002

<font size="+1">Krismas: Orang ramai kesal sikap Suria KLCC</font>
Oleh:AZMAN IBRAHIM

KUALA LUMPUR 10 Nov. - Orang ramai kesal dengan pengurusan Suria KLCC di sini yang membuat persedian sambutan Krismas lebih awal daripada sambutan Hari Raya yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Mereka menyifatkan pusat membeli belah itu dan beberapa buah pusat membeli belah terkemuka lain di ibu kota sebagai "tidak sensitif'' dengan suasana dan budaya negara ini.

Ketika Utusan Malaysia membuat tinjauan di KLCC di sini semalam, masing-masing berpendapat bahawa replika yang berbentuk kalungan bunga balsam di ruang legar kompleks itu seolah-olah menyambut Krismas terlebih dahulu daripada Hari Raya.

Menurut seorang pengunjung, Ho Seng Fun, 32, pemilik kompleks berkenaan tidak wajar mengenepikan perayaan yang berlangsung dahulu daripada Krismas kerana mereka perlu menghormati masyarakat beragama Islam.

"Mereka perlu mengkaji latar belakang perayaan yang disambut oleh masyarakat tempatan terlebih dahulu,'' tegas beliau.

Seorang pengurus pengeluaran, Sivaratnam R. Kandiah, 30, pula berpendapat tindakan pemilik kompleks berkenaan yang menggantung replika bagi sambutan Krismas ibarat mendahulukan sambutan perayaan itu daripada sambutan perayaan Hari Raya.

Katanya, pemilik kompleks itu perlu menjaga sensitiviti masyarakat kerana pengunjung bukan terdiri daripada pelancong asing dan mereka yang menyambut Krismas, sebaliknya turut dikunjungi masyarakat tempatan yang menyambut Hari Raya.

Zamzalina Samsudin, 21, pula berkata, replika sambutan Hari Raya perlu ditonjolkan terlebih dahulu oleh pemilik kompleks itu kerana negara akan menyambutnya tidak lama lagi berbanding Krismas yang disambut dua bulan lagi.

"Saya agak terkejut apabila melihat hanya gantungan replika Krismas yang menghiasi ruang legar kompleks ini.

"Jika pemilik kompleks ini bukan beragama Islam dan berbangsa asing, tidak sepatutnya mereka mengabaikan sambutan yang akan dirayakan oleh majoriti masyarakat yang beragama Islam,'' katanya.

Sehubungan itu, seorang eksekutif bank, Salbiah Basharuddin, 47, turut berpandangan bahawa pemilik kompleks berkenaan tidak wajar menggantung replika perayaan Krismas dan mengabaikan replika yang menggambarkan suasana Hari Raya.

Katanya, perkara ini tidak adil dan tidak berasas kerana perayaan kaum terbesar dalam negara menjadi mangsa diskriminasi dan dipinggirkan.


FULL STORY:
http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2002&dt=1111&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_05.htm

joker2107
11-11-2002, 11:46 AM
and i've seen a couple of places commercialising xmas even b4 deepavali.

there's money to be made in all festivities. but if they scorn protocol and insult sensitivities its better they fold up or hope the ground beneath em open up and swallow em quickly and quietly. such quacks sure ain't not needed around.

hari raya and xmas (and deepavali) are not just about buying gifts and making money. with the world in todays shape we had better wake up and remember our spiritual responsibilities. prayers and work for peace, justice, economic reform/recovery, GLOBAL disarmament, should beocme the focus of our celebrations. materialistic concerns shoud be a mere incidental.

jeffooi
14-11-2002, 09:11 AM
THE STAR
Thursday, November 14, 2002

<FONT SIZE="+1">Uproar over Xmas decorations at shopping complex</FONT>

THE management of Suria KLCC has been criticised for putting up Christmas decorations at its premises even though Hari Raya is celebrated earlier.

Utusan Malaysia said the paper had received many complaints from the public who were annoyed that the complex had put up Christmas wreaths as part of its decorations.

“Many shopping complexes are influenced by celebrations modelled by the West to the extent that the festivities of other races are seen as unimportant,” said Umno vice-president Tan Sri Muhammad Muhammad Taib.

The newspaper also quoted National Unity and Development Minister Datuk Dr Zaharah Sulaiman as saying that shopping complex operators who faced space and cost constraints could use the kongsi raya (sharing) concept to decorate their complexes.

In this way, it would be more economical and the decorations would be more colourful, she said.

Islamic Dakwah Foundation of Malaysia (Yadim) president Datuk Nakhaie Ahmad said that Hari Raya was important not only for Muslims but also for tourists who wanted to experience the unique festive event here.

The newspaper said that Suria KLCC defended its action by saying that putting up the decorations was an early preparation for Christmas.


FULL STORY:
http://www.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2002/11/14/focus/diutus&sec=focus

edteam
15-11-2002, 06:59 AM
<font size="+1">Minister: "It's an act of 'extremism'!"</font>

UTUSAN MALAYSIA
Jumaat, 15 November 2002

<font size="+1">Kompleks beli-belah diselar --
Ketepikan sambutan Aidilfitri satu bentuk extremisme - Abdul Kadir</font>
Oleh: MARIATUL QATIAH ZAKARIA

KUALA LUMPUR 14 Nov. - Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, Datuk Abdul Kadir Sheikh Fadzir hari ini menyelar sikap pengusaha kompleks beli-belah yang tergesa-gesa membuat persiapan Krismas dan cuba mengetepikan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang semakin hampir.

Sambil menyifatkan tindakan itu sebagai satu bentuk `ekstremisme ke atas sambutan perayaan pelbagai kaum di negara ini' beliau menegaskan, tindakan memasang lambang-lambang Krismas lebih awal itu sebagai perbuatan yang tidak kena pada waktunya.

"Pengusaha kompleks beli-belah perlu lebih sensitif dengan suasana dan budaya perayaan yang diraikan oleh masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Tinjauan Utusan Malaysia kelmarin mendapati orang ramai pelbagai kaum kesal dengan pengurusan Suria KLCC yang membuat persediaan perayaan Krismas lebih awal berbanding Hari Raya Aidilfitri di ruang legar kompleks membeli-belah terkemuka itu.

Pasar raya Tangs dan Starhill di Jalan Bukit Bintang turut mengutamakan perayaan Krismas daripada Hari Raya. Malah premis beli-belah itu juga menyiarkan lagu-lagu Krismas sebagai aset tarikan pengunjung.


FULL STORY:
http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2002&dt=1115&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm

edteam
15-11-2002, 07:24 AM
UTUSAN MALAYSIA
Jumaat, 15 November 2002

BISIK-BISIK -- AWANG SULUNG

Awang juga kesal dengan sikap pengurusan sesetengah kompleks beli-belah yang menampilkan sambutan Krismas mendahului sambutan Hari Raya Adilfitri.

Ia adalah perbuatan yang melukai hati orang Melayu yang sedang menyambut Ramadan.

Sesungguhnya, tiada siapa menentang sambutan pelbagai perayaan agama, malah, semua rakyat menyambutnya dengan penuh kemesraan. Tetapi apa yang berlaku di beberapa kompleks beli-belah sekarang amat tidak menyenangkan.

Apakah sambutan Hari Raya kurang penting dibandingkan sambutan Krismas? Apakah sambutan Hari Raya sambutan `kelas dua' yang tidak layak diberi perhatian oleh kompleks beli-belah yang menganggap mereka `kelas tinggi'?

Atau, apakah mereka merasakan orang Melayu yang menjadi majoriti penduduk negara ini tidak mempunyai kuasa beli berbanding dengan penganut agama lain yang lebih kecil bilangannya?

Alasan-alasan yang cuba diberikan setakat ini tidak ubah seperti menegakkan benang basah. Dan janganlah anggap orang Melayu tidak mampu membeli-belah di KLCC.

- Awang - Melayu yang sokong Melayu.


SOURCE:
http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2002&dt=1115&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_03.htm

jeffooi
16-11-2002, 12:38 PM
NEW STRAITS TIMES
Saturday, November 16, 2002

Saturday Notes:
<font size="+1">Festive atmosphere in shopping complexes but feelings of Muslims ignored</font>
Shamsul Akmar


IT is beginning to sound like an annual complaint.

It seems, come Ramadan, Malay Muslims are offended by the attitude of some shopping complex proprietors.

The complaint: These complexes put up Christmas decorations on their premises with little or no attention to the Hari Raya celebrations.

...Similar grouses were expressed by some Malay Muslims during the fasting month last year. Yet this year, the same thing occurred.

The question is whether the proprietors care enough about their Malay Muslim clientele or whether they feel that the community would still make their purchases in these outlets, regardless of whether the promotions were for Christmas or Hari Raya.

All this seems quite trivial but put in perspective, the whole thing reflects political and economic tales not palatable to many.

First, Malay Muslims make up slightly over 60 per cent of the populace.

If the owners of the complexes can choose to ignore this then it means that the community's purchasing power is of little consequence to them.

Second, even if the complex owners do have regard for the Malay Muslim purchasing power, they then do not have much regard for the sensitivities of the community.

Alternatively, they do not see it as a matter sensitive enough to be concerned about.

Finally, it is obvious that these proprietors are non-Malays, otherwise they would be sensitive to the fact that Hari Raya comes much earlier than Christmas.

The Malay daily also highlighted the shopping complexes which had adopted such an attitude, intentionally or otherwise.

On its list was the Suria KLCC, which is located within the same premises as the twin towers, the pride of the nation.

Someone pointed out that some of these shopping complexes have government subsidiaries or Malay Muslim shareholders, and they should be the ones advising the complex managements.

It could be true but obviously, these Malay individuals or entities are silent partners, in what is better known locally as the Ali-Baba partnership.

That leaves the community nothing much to bite other than their tongues.

It also leaves the community in the lurch as far as their existence is concerned in this nation, which they have been made to believe all these years was as much theirs as the rest.

It is no more a case of trying to be tolerant of those of other races and other faiths.

It has become a situation whereby the Malay Muslims may start feeling that they should not be sensitive to the uniqueness of their existence but to be sensitive to that of the minority's.

The times have changed since the days when Malay Muslim leaders spoke of or gained political mileage by fighting for Malay dominance or Ketuanan Melayu.


FULL STORY:
http://www.nst.com.my/Current_News/NST/Saturday/Columns/20021116084528/Article/

edteam
18-11-2002, 07:36 AM
UTUSAN MALAYSIA
Isnin, 18 November 2002

<font size="+1">Arah turun poster Krismas --
Johor, Selangor bertindak supaya pusat beli-belah tumpu kepada Aidilfitri</font>
Oleh:WARTAWAN UTUSAN

KUALA LUMPUR 17 Nov. - Kerajaan Johor dan Selangor hari ini mengarahkan pusat membeli-belah di negeri itu menurunkan segera poster atau kain rentang berkaitan sambutan Krismas, sebaliknya memberi tumpuan kepada sambutan Aidilfitri.

Dua negeri lagi, Pulau Pinang dan Kedah pula memberi amaran tegas kepada pemilik pasar raya supaya mengutamakan promosi sambutan Aidilfitri sebagai menghormati sensitiviti umat Islam.

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan pula mengarahkan semua pihak berkuasa tempatan (PBT) menurunkan hiasan yang tidak menggambarkan perayaan Hari Raya selepas nasihat yang diberi mereka gagal dipatuhi oleh pemilik.

JOHOR: Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Alam Sekitar Johor, Datuk Dr. Chua Soi Lek ketika mengumumkan arahan menurunkan segala perhiasan sambutan Krismas berkata, sepatutnya pusat membeli-belah memberi tumpuan utama kepada perayaan Aidilfitri terlebih dahulu berbanding Krismas.

SELANGOR: Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Setinggan Selangor, Datuk Mohd. Mokhtar Ahmad Dahlan berkata kerajaan negeri mengarahkan supaya semua pusat membeli-belah di negeri itu menurunkan poster-poster dan sepanduk berkaitan dengan perayaan Hari Krismas.

KERAJAAN PUSAT: Dalam perkembangan berkaitan, Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk M. Kayveas mengarahkan PBT agar bertindak tegas menangani isu itu.

..."Jika mereka tidak mengendahkan nasihat, PBT boleh menurunkan hiasan yang tidak mencerminkan sambutan yang lebih awal,'' katanya.

Sekiranya langkah itu gagal, Kayveas berkata, beliau akan mencadangkan kepada Menterinya, Datuk Seri Ong Ka Ting agar membawa ke mesyuarat kabinet.

Antara perkara yang dicadang untuk diusulkan kepada kabinet kelak ialah mewujudkan satu bentuk jadual dan sistem perhiasan bagi semua perayaan utama di negara ini.

KEDAH: Sementara di Alor Star pula, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah memberi amaran kepada pengusaha-pengusaha pusat membeli-belah di negeri ini supaya memberi tumpuan kepada sambutan Aidilfitri terlebih dahulu, jika tidak mahu sebarang tindakan diambil.

PULAU PINANG: Di Georgetown, kerajaan negeri Pulau Pinang menegaskan, pemilik pusat membeli belah tidak sepatutnya mengutamakan hiasan untuk Krismas sedangkan Aidilfitri akan disambut lebih awal.


FULL STORY:
http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2002&dt=1118&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm

Roy883
18-11-2002, 03:43 PM
It is so sad to see the state governments resort to such measures to solve this issue. The important issue here is about those who are not culturally sensitive ...and NOT about the 'War of the Festival Posters'. By all means, enforce that by NO means should shopping centres place importance on Christmas, ignoring Hari Raya and disregarding the natural laws of chronology. If those errant management still insist on de-emphasising the importance of Hari Raya, slap them with big painful fines. BUT forcing them to bring down Christmas posters is not the way to inculcate responsible practices among members of the Malaysian society. "Tearing Down" has such a negative connotation and sends the signal that 'there is no place for Christmas posters. ALL that I am suggesting is, focus, focus, focus on the issue of ERRANT, IRRESPONSIBLE & INSENSITIVE members of society that fail to recognise or respect festivities of others, especially major ones. Sensitivity comes from within Us through education, and NOT enforcement. Hence, when State Governments want to enforce any new rules and regulations, they should always be fair and equitable. Can you imagine if enforcement officers got personal and abuses his/her powers, leveraging on this new regulation?? Don't treat a sore foot by cutting off the leg.

joker2107
18-11-2002, 05:51 PM
now u want to tear down deco for xmas. its kind of late in the day cos xmas actually starts with advent and the first day of advent is this sunday.

great, demolish the offensive stuff now. so just when will they be allowed to be put up again? hari raya is hardly 20 days before xmas. will it be fair for the business community to limit their campaigning period to a miserable 20 days when it is traditionally at least a month long? this is not a political election campaign!

put your brains into proper perspective. i doubt the real distress signal is xmas being heralded so early, but that the cadence of hari raya aidil fitri is not in the air.

in the last couple of years, these two very important festivals were much closer together. there never was a problem cos both festivities were given more or less the same glitter. couldnt this simple issue be a non issue by the same set of common sense?

please brethen, we're in harmonious msia - this is not the middle east. the first rule to prevent warfare is to avoid provocation - by ALL parties - remember it takes two hands to clap.

luke
18-11-2002, 06:58 PM
aiyo, like this also sensitive. :D

jeffooi
18-11-2002, 08:57 PM
Our brain-dead brethren is none other than a Chinese Malaysian
in Johor.

UTUSAN MALAYSIA November 18:

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Alam Sekitar Johor,
Datuk Dr. Chua Soi Lek ketika mengumumkan arahan
menurunkan segala perhiasan sambutan Krismas
berkata, "...Kerajaan Johor kecewa dengan sikap segelintir
pengusaha pusat membeli-belah di negeri ini yang terpengaruh
dengan budaya Barat sehingga sanggup mengabaikan
promosi sambutan Aidilfitri,'' katanya.
Jesus was not born in London or New York.
He was born in Bethlehem, modern-day Palestine.

Thus, Christmas is not western culture.
Christmas is a universal celebration.

Sorry, but that China-man has to hear it from a Pure Land
Buddhist like me.


JEFF OOI

inertia
18-11-2002, 09:54 PM
Also, 25th December is not the birthdate of Jesus. The birthdate of the Lord Jesus Christ has never been intended to be celebrated at all. The Bible has never written anything about the birthdate of Jesus, and no one knows when he is really born nor did the Bible taught us to celebrate Christmas.

Christmas celebrations culture with the decorations such as christmas trees, exchanging gifts, socks, candies, sweets, eating turkeys, cakes came likely from the west perhaps.

Non-christians from all parts of the world celebrates Christmas too. It has become commercialized and universal indeed !
It's just something commercial. gah !

Just wondering why we can have Gongxi Raya, but cannot have Christmas Raya. hehehe


0.02

:D

pcyeoh
18-11-2002, 11:24 PM
Our local politicians has this heard and herd mentality. If no one dares to say anything on a controversial issue, you can rest assured all the rest will just remain silent. The moment someone says anything, the "me-too-got-something-to say" syndrome starts to creep in because he has HEARD someone has said something. More often than not, it also has an element of "I-must-be-one-up-against-you". The recent order issued to take down the Christmas decorations is one of such happenings. Can somebody tells me what serious wrong have these shopping complexes done to warrant this order to be issued? Legally, they need not follow that order. Aren't we suppose to be "toleransi" but it looks more like "tolerlansi" now. We are not living in the era of the Emperors. If the Emperor doesn't like your face, off goes your head.

Christmas and year end shopping has become synonymous. Also, let us face the modern fact of Christmas shopping. Christmas shopping message of today is never meant for the Christians only. Christmas today is non-religiously celebrated by nearly everybody if I may say that. It has nothing to do which race has a bigger purchasing power. So as a big time trader, where do you put your money? Unfortunately, these traders for one moment forget that they are trading in Malaysia and they need to be sensitive. They might have overlooked this fact. So instead of tearing them down as such action is very drastic and intolerant, why doesn't the authority provide suggestions on how to incorporate the Raya decorations to blend with the existing Christmas decorations. Next year the shopping complexes have to watch out with their Raya decorations if they do not want Samy Vellu to breathe down their necks.

PS: It is very ironical that while I was composing this view of mine, in the background is NTV 7 showing Ally McBeal with Christmas carols in the air. Is this going to be another issue???

edteam
19-11-2002, 07:03 AM
Read how Malaysian antiques are being report throughout the world.


CNN.COM
Monday, November 18, 2002 Posted: 2:03 PM HKT (0603 GMT)

<font size="+1">Christmas sales on hold in Malaysia</font>

<img src="http://i.cnn.net/cnn/2002/WORLD/asiapcf/southeast/11/18/malaysia.festivities.ap/story.malaysia.shopping.afp.jpg" align="left"> <--- Women shopping at Jalan Tunku Abdul Rahman, in Kuala Lumpur


KUALA LUMPUR, Malaysia (AP) -- The commercial lure of Christmas has landed Malaysian retailers in trouble.

Two Malaysian states have ordered shopping malls to strip their halls of Christmas decorations and focus instead on setting the mood for a Muslim festival that arrives earlier in December, officials said Monday.

"We are disappointed that they (the malls) are so influenced by Western culture," Chua Soi Lek, tourism chief in the southern state of Johor, said.

The action followed complaints from politicians and commentators in this mostly Muslim country that many shopping complexes were displaying Yuletide ornaments and ignoring Eid-Al-Fitr -- the celebration at the end of Ramadan, the holiest month of the Muslim calendar.

Chua said the local government had directed malls to remove Christmas banners and other frills until after the first week of December, when Ramadan -- a time of fasting and other forms of abstinence -- is over.

State officials in Selangor, which borders Malaysia's economic center, Kuala Lumpur, also gave similar instructions over the weekend, the national news agency Bernama reported.

Eid 'forgotten'

Domestic Trade Minister Muhyiddin Yassin scolded shopping malls for being insensitive to Muslims, who make up about 60 percent of Malaysia's 23 million people. Christians, the second largest religious minority after Buddhists, comprise 9 percent of the population.

"There are those who promote Christmas at a time when Muslims ... are fasting and preparing to celebrate Eid-Al-Fitr," Muhyiddin was quoted as saying by the New Straits Times newspaper Monday.

"The Eid-Al-Fitr atmosphere is not felt at shopping complexes, as if the operators had forgotten that it is the biggest celebration in the country."

Both Johor and Selangor are run by the moderate National Front coalition led by Prime Minister Mahathir Mohamad, who has governed this modern Southeast Asian country for 21 years.

Two of Malaysia's 13 states, Kelantan and Terengganu, are controlled by the opposition fundamentalist Pan-Malaysian Islamic Party. There have been no reports of early Christmas decorations in either one.


SOURCE:
http://asia.cnn.com/2002/WORLD/asiapcf/southeast/11/18/malaysia.festivities.ap/index.html

edteam
19-11-2002, 07:06 AM
And read how the locals - never mind whether
they are are the minority or majority - are responding...


MALAYSIAKINI.COM
3:38pm Mon Nov 18th, 2002

LETTERS
<FONT SIZE="+1">Quota system for festive greetings too?</FONT>
Dr Sarah Verghis

This is in response to the Johor state government-issued order Shopping
malls told to focus on Muslim festival, not Christmas.

It is mentioned that more than half of the Malaysian population are Malays
and their needs had tobe given importance. If the authorities are so fixated
on festive decorations according to population percentage, are they ensuring
that the quota system be rigidly followed for all festivals?

Last December, KL City Hall or Bandaraya put up Hari Raya decorations in
most parts of the city. There were few Christmas decorations; if at all
there were just cherries on top of a grand iced cake. For all we know, it
may just be following the quota system for festive greetings. What I couldn'
t understand was why it didn't even have the courtesy to write "Merry
Christmas" on their decorations.

I am also disappointed that the authorities did not see the unfairness of
hardly any decorations in the shopping malls during the Deepavali
festivities.

All the talk about unity is just hot air if we are interested in propagating
just one culture.


SOURCE:
http://www.malaysiakini.com/letters/200211180033526.php

kwchang
19-11-2002, 08:28 AM
Just to say what everyone already knows but haven't said...

Christmas may be a religious festival to some BUT in most parts of the world, it is a time for presents and a retailer's excuse to chalk up more sales. We hear of Orchard Road's attractions and Oxford Street's window decorations - all for Christmas shopping because it means more customers for the shops.

Is it not obvious Johor is targetting Singaporeans and Klang Valley the tourists and expats ?

Just as there are more advertisement sponsored Chinese serials on TV2 and the flood of advertisements on Astro's Dynasty Channel, we can see the skew of business investments. Christmas shopping is just another commercial festival for the business community.

I for one feel that the Holy month of Ramadan is indeed a Holy part of the year. I truely respect my Muslim neighbours' committment to fasting and prayers. We all know it is a month of cleansing of the soul. I also believe that a holy month should not be infused with the commercial ploys of making people spend more money than necessary. Ramadan is a Holy month, why do Muslims want to follow the ways of a commercial Christmas? Islam teaches tolerance. Do tolerate the commercial exploits of Christmas for it is another "culture" in our multi-cultural and multi-ethnic country.

jeffooi
19-11-2002, 10:12 AM
UTUSAN MALAYSIA
Selasa, 19 November 2002

Lidah Pengarang
<font size="+1">UTAMAKAN AIDILFITRI</font>

Amalan pusat membeli-belah yang mengutamakan sambutan Krismas sedangkan Hari Raya Aidilfitri akan datang terlebih dahulu adalah mengecewakan dan jelas tidak peka terhadap masyarakat berbilang kaum.

Justeru, tindakan kerajaan Johor dan Selangor mengarahkan pusat membeli-belah di negeri itu supaya menurunkan poster dan kain rentang berkaitan sambutan Krismas merupakan suatu langkah yang wajar.

Seharusnya tindakan itu tidak perlu jika pusat-pusat membeli-belah mempunyai kesedaran sendiri mengenai cara mana sambutan itu wajar dilakukan.

Dalam hal ini, kita kecewa kerana mentaliti pengurus pusat-pusat membeli-belah yang tidak sensitif terhadap cara hidup masyarakat Malaysia apatah lagi jika hendak diambil kira tentang kebudayaan nasional.

Sebagai negara berbilang kaum, kita sentiasa meraikan semua perayaan-perayaan utama negara iaitu Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali dan Hari Krismas. Perayaan-perayaan itu kita sambut menurut jadualnya dan tidak ada yang diketepikan untuk diutamakan dengan sambutan lain.

Justeru, umpamanya apabila dijadualkan Hari Raya Aidilfitri disambut lebih dahulu, maka sewajarnya pusat-pusat membeli-belah di seluruh negara mengutamakan perayaan itu berbanding dengan Hari Krismas yang hanya diraikan kemudiannya. Tetapi malangnya, pusat-pusat membeli-belah tertentu telah bertindak membuat sambutan untuk Hari Krismas dahulu yang bererti mereka mengetepikan perayaan Hari Raya Aidilfitri.

Perkara ini tidak harus dipandang kecil kerana ia membabitkan sensitiviti masyarakat dan boleh menjejaskan hubungan harmoni antara kaum.

Ada pihak yang mengemukakan alasan komersial sebagai mengharuskan tindakan mereka tetapi pada hakikatnya umat Islam adalah golongan yang banyak membeli-belah menjelang Hari Raya Aidilfitri. Untuk memperkecilkan kuasa membeli umat Islam merupakan suatu langkah yang kurang bijak dari segi perniagaan.

Selain itu, Hari Raya Aidilfitri adalah perayaan yang disambut oleh majoriti rakyat negara ini. Sementara kebudayaan Melayu pula merupakan teras kepada kebudayaan nasional.

Perkara ini lebih ketara di pusat-pusat membeli-belah utama di ibu negara yang menjadi mercu tanda serta mewakili pemandangan nasional umpamanya di KLCC.

Alasan bahawa bahan-bahan perhiasan bagi sambutan Hari Raya Aidilfitri sukar dibuat berbanding dengan Hari Krismas bukan saja tidak dapat diterima tetapi suatu yang tidak harus ada dalam perkiraan seseorang pengurus pusat membeli-belah.

Apa yang kita bimbangkan ialah tanggapan sesetengah kumpulan masyarakat daripada kalangan orang Melayu sendiri yang memandang rendah terhadap Hari Raya Aidilfitri.

Kita mengesan terdapat suatu cara berfikir di kalangan golongan tertentu yang sudah begitu kebaratan hingga tergamak melihat kebudayaan Melayu sebagai suatu yang berkedudukan rendah dan tidak wajar diketengahkan. Maka perkara-perkara dari Barat dianggap sebagai suatu yang bergaya, global dan komersial sedangkan ia hanya merupakan suatu imej dan mitos.

Sesungguhnya kita bertanggungjawab mendaulatkan kebudayaan sendiri supaya jati diri tidak musnah dalam arus hegemoni Barat yang hanya mengambil kira kepentingan komersial mereka.


SOURCE:
http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2002&dt=1119&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_01.htm

jeffooi
19-11-2002, 10:27 AM
Ever wonder why is Utusan harsh on Suria KLCC?

UTUSAN MALAYSIA
Selasa, 19 November 2002

<font size="+1">Beberapa pasar raya ibu kota masih degil</font>

KUALA LUMPUR 18 Nov. - Beberapa kompleks membeli-belah di ibu negara masih enggan memenuhi permintaan ramai dan pihak berkuasa supaya menghiasi premis masing-masing dengan suasana sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Bagaimanapun beberapa pusat membeli-belah yang lain pula telah mula akur dengan teguran itu.

Suria KLCC merupakan antara kompleks membeli-belah yang masih enggan berbuat demikian.


FULL STORY:
http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2002&dt=1119&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_05.htm

jeffooi
19-11-2002, 10:35 AM
Now, more helpings of back-breaking big philosophies
from the generations of ZAM (Zainuddin Maidin)...


UTUSAN MALAYSIA
Selasa, 19 November 2002

<font size="+1">Tindakan pasar raya bercanggah dengan semangat perlembagaan negara - Zam</font>

KUALA LUMPUR 18 Nov. - Tindakan pengusaha pusat membeli-belah mengutamakan perayaan Krismas berbanding Aidilfitri adalah bercanggah dengan semangat perlembagaan negara dan menyinggung perasaan umat Islam.

Setiausaha Parlimen Kementerian Penerangan, Datuk Zainuddin Maidin berkata sikap tidak bertanggungjawab pengusaha pusat membeli-belah itu yang terlalu memberi ruang iklan dan promosi perayaan Krismas berbanding Aidilfitri sebenarnya adalah kerana para peniaga melihat Krismas lebih bernilai komersial.

Beliau percaya fenomena itu berlaku kerana salah faham terhadap dasar liberalisme kerajaan sehingga ada sesetengah pihak tidak peka dengan sensitiviti umat Islam di negara ini.

"Rakyat yang faham Perlembagaan akan tetap menghormati bahawa semua orang bebas merayakan perayaan agama tetapi agama rasmi negara ini dan juga penduduk asal adalah Islam.

"Tetapi nilai komersial menyebabkan banyak ruang iklan di pusat membeli-belah termasuk KLCC tidak menghiraukan semangat Perlembagaan itu sendiri,'' katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

FULL STORY:
http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2002&dt=1119&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_08.htm

xaviers
19-11-2002, 11:40 AM
I don't see what the fuss is all about...share the festivities.

First and foremost we are Malaysians

Sad to say.. we finally get to see the real worms crawling out of the wood work.

luke
19-11-2002, 07:27 PM
I think this is the biggest Joke in town..

or some polticians trying to create disunity again..

we love malays and malays do love us too.. i dare to say this cos 90% of my colleagues and friends are Malays Muslims..

"Orang ramai kecewa"...aisey...

but some people creating havoc... by all this itsy bitsy tinnie winnie deco thingy!..

siao one..

jeffooi
20-11-2002, 09:59 AM
NEW STRAITS TIMES
Wednesday, November 20, 2002

LETTER
Let's keep it spiritual

The controversy over festive decoration and promotion at
shopping malls may make good reading, but do we really want
Hari Raya to become the vulgar commercial trading spectacle that
the spirit of Christmas has been turned into worldwide?

Let us keep Hari Raya the contemplative, reflective and spiritual
celebration that it has always been and leave commercialism to
the commercials.

AIMAN ABDULLAH
Subang Jaya

lady-o-leisure
20-11-2002, 03:57 PM
It's supposed to be a spiritual thing, being made into a advertising/promotional circus but people who concentrate on making profits while forget about the human side of it all. Why make a fuss? There are 2 sides to a coin.
Over here in Taiwan, the x'mas decor is super big compared to Chinese New Year decor. Really weird when it's not even a holiday for x'mas. So what's all the decor for? SALES!!!! That's all that matters to shopping mall owners. Execs pressure the managers who in turn pressure the sales dept who pressure the arts/promotion people in their little cubicles. That's all there is. No discrimination on any one's part, just lack of understanding.
Oh what i'll give to hv a nice plate of rendang with lemang.

jeffooi
20-11-2002, 06:00 PM
MALAYSIAKINI.COM
3:00pm Wed Nov 20th, 2002

<FONT SIZE="+1">Display religious maturity and tolerance</FONT>


Culture, Arts and Tourism Minister Abdul Kadir Sheikh Fadzil has asked Singaporeans to "attack Malaysia with their money!", an exhortation to them to come shop in Johor during the various festivities.

The Johor state government and the ministry is promoting a mammoth sales carnival to be officiated by Abdul Kadir on Nov 23 to target Singaporeans and indirectly, other visiting foreigners to the island.

However, the icy blasts by two groups attacking the shopping complexes in the state for putting up more Christmas than Hari Raya (falls on first week of December) decor will work against these promotional efforts.

Their attacks will only help to fuel bad press abroad for Malaysia at a time when the country needs all the foreign visitors and tourist revenue it can gather as it braces itself for a possible drop in international visitors and revenue in the next 18 months.

The crude comments by Johor state's tourism and environment committee chairperson, Dr Chua Soi Lek’s will only give Malaysia "bad press abroad". An experienced politician — and what more a tourism leader — like Chua should know better than to hurl accusations at the shopping complex proprietors for being unduly influenced by western culture.

His statement "that proprietors did not need to adopt the western practice like in London or Hong Kong where they were enthusiastic about Christmas promotions" was certainly inappropriate, unfortunate and extremely unbecoming.

I agree that the Hari Raya Aidilfitri celebrations should not be sidelined but there could have been an oversight or for commercial reasons that these shopping complexes gave more prominence to the Christmas display.

There is no reason why the learned politician could not have exhorted joint decorations and buntings be put up instead, as was done for the joint Chinese New Year and Hari Raya "Kongsi-Raya celebrations" previously. He chose instead to politicise the matter and create unwarranted controversy by instructing the proprietors to bring down Christmas buntings and decorations!

As such, I cannot but concur that some of our politicians and certain vernacular media just do not have the sensitivities to practise good public relations. The comments made by a well-known senior editor of a vernacular newspaper that shall remain unnamed was also unfortunate and in bad taste.

Malaysians have — fortunately or unfortunately — become too familiar with such comments made by politically ambitious and self-serving politicians and played up in vernacular newspapers to exploit the racial and religious insecurities of certain quarters.

These irresponsible politicians and others find a sensitive spot and work on it, declaring themselves the wira (heroes) defending the maruah (honour) of their respective bangsa (race).

This is certainly a quick way into the political mainstream and thus access to the economic resources that total political control affords. It is an old trick, performed many times over by politicians.

But all should remember, as strongly pointed out by none other than Jordan’s Queen Noor, a devout Muslim, in an exclusive interview with CNN's Larry King recently that Christianity and Christmas is not a "Western religion or Western celebration" — a fact rather conveniently ignored by our "religious bigots and extremists" — and Jesus Christ was not born in London, New York or Washington, but in Bethlehem in Palestine.

Damage has been done and we must hope that such unfortunate comments, coming soon after so many recent race and religion related controversies will not further dent Malaysia's image in the international community and hamper tourist arrivals to our nation. These have included Umno Youth’s call to close down all Chinese and Tamil schools in the country, racial polarisation, the deterioration of racial and religious tolerance, the demolition of several temples, burning of two churches and the allegations that Malaysia is a transit point for international terrorist groups.

One must also remember that this is the holy month of Ramadhan where peace, harmony, tolerance and a forgiving spirit must prevail in all Malaysians.

Jacob George
Subang Jaya


SOURCE:
http://www.malaysiakini.com/letters/200211200033540.php

xaviers
21-11-2002, 11:38 AM
I guess everyone seems to forget the essence of both the events

for the Muslims
tolerance, forgiveness and love our fellow neighbours

for the Christians
love, sharing, giving and peace to all mankind

for we Malaysians.... shouldn't it be all of the above

Have we been too caught up with the crazy world that we are living in ? Sad isn't it ?

kwchang
21-11-2002, 02:25 PM
As I mentioned on top of this page (pg 2 of all the threads), some people have forgotten the basis of their religious festivals. A real example of foolishly copying the West and also one-upmanship (keeping up with the Joneses).

Perhaps with all the arguments about "extremism" over vernacular languages, some people tend to get carried away. Such shooting from the hip don't do much for the politicians' profile. Maybe it is a good thing and for those of us who are thinking spectators, we can relish in the way some people drop their guards and reveal the true character that they hide behind their regular facade.

jeffooi
22-11-2002, 07:42 AM
UTUSAN MALAYSIA
Jumaat, 22 Vovember 2002

<font size="+1">Starhill akan tambah hiasan sambut Aidilfitri</font>

KUALA LUMPUR 21 Nov. - Pengurusan Starhill hari ini memberi jaminan akan menambah hiasan dalaman untuk Hari Raya Aidilfitri dan juga lebih peka terhadap sambutan perayaan pelbagai kaum di negara ini.

Pengurus Residennya, Rahim Flynn berkata pihaknya akan mengkaji semula promosi perayaan Hari Raya Aidilfitri supaya tidak menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan penganut beragama Islam.

..."Kami akan menonjolkan kebudayaan orang Melayu dengan festival ghazal dan gamelan yang akan diadakan di Lot 10 dalam masa dua minggu,'' katanya.


"Kami juga berjanji akan lebih berhati-hati dalam menonjolkan perayaan Krismas terlalu awal berbanding Hari Raya Aidilfitri pada masa depan,'' tegasnya.


FULL STORY:
http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2002&dt=1122&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_04.htm

luke
22-11-2002, 08:39 AM
this is still the joke.
Usually I equate Christmas spirit with lotsa shopping..

so the traders are actually promoting shopping...not the other thing..

it is universal ( christmas )..


this is no longer a "Free world"...

"It's my premise and I like to decorate as I like.. you blow ah!!"--a statement by Apek..

jeffooi
24-11-2002, 09:32 AM
MINGGUAN MALAYSIA
Ahad, 24 November 2002

BISIK-BISIK MINGGUAN -- AWANG SULUNG
<font size="+1">Jangan tergila-gila</font>

...Bila akhbar Awang membesar-besarkan tentang pusat membeli-belah ternama seperti KLCC yang lebih mementingkan hiasan Krismas daripada hiasan Hari Raya Aidilfitri, ada Melayu yang menganggapnya perkara remeh.

Malah, ada Melayu yang percaya bahawa orang Melayu tidak mampu membeli-belah di KLCC. Yang mampu ke sana hanya bukan Melayu. Maka langkah KLCC mengutamakan Krismas adalah betul!

Benarkah Melayu tiada kuasa beli? Setahu Awang, orang Melayulah yang kuat membeli. Jika boleh semuanya hendak ditukar bagi menyambut Hari Raya.

Memang betul bukan semua Melayu mampu membeli-belah di KLCC. Tapi Cina, India dan Serani pun bukan semua yang mampu.

Hakikatnya, ramai Melayu yang mampu membeli-belah di KLCC. Jika tidak barangan jenamanya, mereka masih mampu makan minum di situ.

Awang sedar kedai-kedai di situ bukan milik Melayu dan pemiliknya bebas melakukan apa yang mereka mahu. Tapi apa yang Awang tidak mahu berlaku ialah keadaan di mana orang sudah tidak peduli lagi tentang Melayu kerana bukan Melayu yang menguasai ekonomi.

Apa yang penting dan tidak penting, apa yang perlu dirayakan atau tidak dirayakan, semuanya bergantung kepada siapa yang menguasai ekonomi.

Betul, bukan Melayu yang menguasai ekonomi. Tapi wajarkah Melayu yang merupakan 55 peratus daripada penduduk negara ini dipandang rendah kerana mereka hanya layak membeli-belah di Chow Kit dan Jalan Tuanku Abdul Rahman?

Kepada orang Melayu, Awang ingin berpesan supaya janganlah lupa akan kemelayuan mereka dalam keghairahan menjadi manusia global.


FULL STORY:
http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2002&dt=1124&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_01.htm