PDA

View Full Version : Himpunan Keluarga Merdeka 30 August from 3pm



sinleong
28-08-2008, 10:47 PM
Wanita Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) akan menganjurkan satu majlis program "Himpunan Keluarga Merdeka" pada hari Sabtu ini (30 Ogos).

Majlis ini diadakan untuk menghayati jiwa merdeka sempena hari Kemerdekaan pada 31 Ogos di samping meraikan kemenangan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh yang lalu.

Majlis ini yang akan berlangsung dari jam 3 petang hingga ke 6 petang di Kelab Sultan Sulaimana, Kg Bharu ini akan dihadiri oleh ketua wanita keadilan, Puan Zuraida Kamaruddin,exco wanita pusat dan ketua wanita negeri juga beberapa ahli parlimen juga.

Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Parti Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, YB Saifuddin Nasution Ismail, Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew serta pimpinan parti juga akan hadir bersama bagi memeriahkan majlis tersebut.

Berikut adalah tentatif program bagi program tersebut :

3.00 ptg - Ucapan Aluan Pengerusi Majlis
3.05 ptg - Ucapan Pengerusi Program
3.15 ptg - Bacaan Sajak
3.20 ptg - Ucapan Perasmian oleh Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail
3.40 ptg - Persembahan Multi Media
3.50 ptg - Ucapan Panel :
YB Saifuddin Nasution Ismail
Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew
YB Zuraida Kamaruddin
4.50 ptg - Sketsa Satria
5.00 ptg - Anugerah " Tokoh Serikandi Rakyat " - Datuk Dr. Seri Wan Azizah
5.10 ptg - Ucapan Penutup oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim